Thursday, November 1, 2012

for you Muhammad Shukri....ily


ASSALAMUALAIKUM....

Firstly, untuk makluman semua ya,,entri kali ni untuk Muhammad Shukri Bin Ujang..tujuan letak dalam blog? Sebab kalau nak PM dalam fb, tak cukup tempat…nak email? Si dia JARANG bukak email…nak sms? Bape banyak pulak kedit aku habis nanti..hehe..terpulang antara nak baca atau tak…terpulang jugak pada anda semua nak cakap aku ni gatal ke, apa ke…time sekolah pun nak bercinta ke…orang pegi sekolah nak belajar, bukan nak bercinta ke…I don’t care…aku Cuma nak dia tau…and mungkin jugak berkongsi pengalaman…mungkin ada jugak yang berpengalaman macam aku…kan?

AMARAN!
Macam yang aku cakap, entri kali ni untuk si dia..tapi kepada sesiapa yang teruskan membaca, aku bagi amaran, ayat-ayat di bawah mungkin akan membuatkan anda meluat…Cuma si dia dan saya yang faham semua ni…kerana kami yang melalui nya…jadi, awal-awal lagi, saya minta maaf kepada semua…terima kasih…


Dedicated to Muhammad Shukri Bin Ujang

Assalamualaikum awak……
Kita tengah menghitung hari kan?
Ada 23 hari lagi…
Awak…awak ingat lagi first time kita kenal?
Awak ingat lagi first time kita bertegur?
Awak ingat lagi first time kita naik motor sama-sama?
Awak ingat lagi first time kita keluar sama-sama?
Awak ingat lagi camane kita boleh ‘couple’?

Walaupun dah dekat 5 tahun kita bersama,
Semua tu tetap segar dalam ingatan…
Semua kenangan masa kat sekolah…
Semua kenangan masa hari raya…
Semua kenangan dalam kelas…
Awak…saya tak sanggup hilang awak…

Dekat 5 tahun kita kenal…
Macam-macam dugaan…
macam-macam rintangan…
semua kita dah lalui…
dengan kedegilan saya…
dengan ke-panas baran-an saya…
ke-ego-an saya…
dan saya akui…
sifat penyabar awak yang buatkan hubungan kita
sampai ke tahap ni…
terima kasih awak…

awak…
masa sekolah dulu, awak cakap dari form 1 awak pandang saya…
tapi kenapa saya tak pernah kenal awak?
Saya tak pernah nampak awak…
Masuk form 3, baru saya kenal awak…
Kelas kita sebelah je…kan awak?
Saya perasan awak masa saya merayau pergi kelas awak…
Masa tu awak tengah bergurau dengan Liyana and Nisa…
Awak tumbuk bahu sape tah…
Itu kali pertama saya perasan awak…

Raya tahun 2007, kita raya sama-sama kan awak?
Macam biasalah..budak-budak sekolah…
Time raya ni lah nak merayau gi rumah kawan-kawan lain…
Dari Rantau sampai Nyatoh…
Awak ingat masa kat rumah Zarith?
Saya duduk je sorang² kat tangga…
Masa tu hujan…petir…
Awak datang kat saya…awak teman saya…
Tapi,,saya rasa awak tak bercakap pun…
Kan awak?
Awak ingat masa kat rumah Zira?
Kenangan yang tak pernah saya lupa…
Dari Rantau, saya naik motor sendiri…
Sampai rumah Zira, Jepun nak hantar Nisa kat Rantau…
Dia bawak motor saya…
Masing-masing suruh saya naik dengan awak…
Lepas tu, kita pergi rumah awak…
Naik Yamaha Sukan awak…hehe
Awak tau macamane jarak nye kedudukan kita masa atas motor tu?
Sebab saya malu…saya takut nanti mak awak marah…
Duduk-duduk makan kuih,
Ada budak cakap, “anak acik bawak menantu”…
=,=
Malu bai…puas tahan malu…merah muka…
Itu lah first time kita naik motor sama-sama…
Itu jugak lah first time saya jumpa dengan mak awak…
And awak marah mak awak panggil awak “adik”…
ANAK MANJE……

1/12/2007
Walaupun saya yang mulakan semua nya,
Saya yang buat first move untuk kita ‘couple’…
Nak tunggu awak buat?maybe sampai tua pun kita tak kenal…
Tapi…
Saya tak pernah menyesal kenal dengan awak…
Kita text sampai pukul 4 pagi…
Lepas awak terima saya sebagai gf awak…
Masa tu cuti sekolah…
Kan awak?

Masuk je form 5, kita satu kelas!
Awak pemalu…menyampah!hehe…
Awak duduk belakang saya…
Malu je nak tegur…
Tapi maaf…saya tak pasti siape yang tegur siape…
Malu nak start tegur…
Tapi, lama-lama kita oke je…kan awak?
Balik sekolah, selalu awak hantar saya sampai rantau…
Dari naik Yamaha sukan silver,
Upgrade pulak naik Ex5 awak…
Pegi center Court, main bola tampar…
Latihan bola tampar sama-sama…
Bila cuti hujung minggu, jarang je kita jumpe…kan?
Kat sekolah jelah masa yang ada untuk kita kongsi cerita…
Gi kantin sama-sama…lepak kat depan bilik seni sama-sama…
Lepak kat tepi koperasi sama-sama…
Semua sama-samalah…
Tapi semua bertemankan kawan-kawan…
Terima kasih awak…

Awak…
Sebelum awak ikat saya,,,
Saya nak awak tau…
Saya cintakan awak sepenuh hati saya…
Saya sayangkan awak…
Awak yang saya utamakan selain dari Family saya…
Saya tak mampu…
Saya tak sanggup untuk kehilangan awak…
Terima kasih atas semua kenangan…
Terima kasih sebab terima saya seadanya…
Terima kasih sebab memahami saya…
Terima kasih sebab bahagiakan saya…
Terima kasih sebab mencintai saya…
Terima kasih sebab terus menyayangi saya…
Terima kasih sebab setia menunggu saya…
Terima kasih sebab sentiasa menemani saya…
Akhir sekali,
Terima kasih untuk segala-galanya…

Sepanjang tempoh ikatan tu,mungkin banyak dugaan…
Banyak rintangan yang perlu kita tempuh…
Dan saya mintak pada awak,,
Kita sama-sama cuba pertahankan hubungan ni…
Saya akan cuba untuk sentiasa ada disamping awak
Saat susah dan senang awak…
Saya akan cuba jadi yang terbaik untuk awak…
Akhir kata dari saya,
Semoga hubungan ni akan berakhir hingga ke akhir hayat saya…

p/s : saya sayangkan Allah...saya sayangkan family saya...jadi jangan pertikaikan entri kali ni nampak macam saya sayangkan si dia lebih dari segalanya...terima kasih...

Assalamualaikum…

No comments: