Thursday, January 3, 2013

New Job.....


Assalamualaikum W.B.T readers……

Lama dah tak update perkembangan terbaru…
Aceceh…ko ingat ko retis ke nak buat statement camtu?
Haha…ekceli ada sesuatu yang nak di kongsi…
Alhamdulillah…hidup semakin bahagia…
bersama Encik Tunang dan keluarga yang sentiasa ada di sisi…
ada nampak wishlist di sebelah?
Ada nampak jugak “Get A New Job” kan?
Ni yang nak dikongsi kan ni…hehe…
Pada entri sebelum ni, aku ada cakap nak pergi interview…
Bulan Oktober dulu aku dapat dah surat tawaran dari SPA…

Cemas je kalau diorang terlepas pandang pulak…
Yang mak aku pulak asyik desak² suruh tanya kat Jabatan tu…
Aku dah call Bulan November lepas, tapi diorang suruh buat chek-up dulu…
Dah semalam mak aku desak jugak lagi…
Aku amek keputusan, email kat bahagian yang berkenaan…
Dengan bantuan encik google, dapat lah aku cari email tu…
And alhamdulillah…Ketua bahagian tu reply…

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tuan/Puan
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Pentadbiran ini mengucapkan tahniah kerana telah berjaya ditawarkan ke jawatan Pembantu Tadbir (Pekeranian dan Operasi) di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
3. Oleh hal demikian, sukacita dimaklumkan bahawa tarikh lapor diri ke Pentadbiran ini adalah pada 16 Januari 2012 (Rabu). Surat pemakluman daripada pentadbiran ini telahpun diposkan ke alamat calon-calon yang telah mendapat tawaran tersebut. 



Sekian, terima kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
1 Malaysia: Pencapaian didahulukan, Prestasi Diutamakan

Saya yang menurut perintah,

t.t
(NOORZALIZA BINTI ROSLAN)
Penolong Setiausaha Kerajaan
(Unit Perkhidmatan)
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
Tel: 06- 765 9020
Fax: 06- 763 4043


aku buat print screen...tapi dah masuk dalam blog, tak jadi pulak...haha
aku kan budak baru belajar...jadi nye aku copy kan aje... :p
Walaupun tarikh tu sepatutnya Januari 2013…
Sebab aku kalau buat surat pun ada jugak tersasul letak tahun 2012…
So, setiap manusia melakukan kesilapan… ihiks!
Tuhan je yang tau macam mane perasaan aku masa ni…
Tiba² ada mood untuk buat semua benda hari ni…hehe…
Asyik senyum²…sengih²…
Orang yang pertama aku bagi tau, mesti lah
Bonda ku yang tersayang……
Alhamdulillah maa…akak dapat keje tu…
Baru semalam ma cakap suruh ika belajar rajin²…
“Den tak kisah kut tak dapek 8A macam anak orang lain…
Tak payah susah² nak masuk universiti macam anak orang lain…
Cukup lah apo yang ika nak tu, dio dapek…
Ado yang ikut jojak kau, sonang sikit ati den…
Ado jugak anak den yang kojo kerajaan…”
:’)
Rase nye tak perlu lah translate kut…haha…
Ekceli adik aku nak sangat jadi polis…
So, mak aku Cuma nak dia capai target untuk jadi polis tu…
Tapi, alhamdulillah maa…berkat doa ma, akak dapat kerja tu…
Dalam 2 bulan ni aku ngan mak aku boleh diumpamakan
‘tunggu durian muda jatuh…’ haha…memang tak jatuh la kan
Akak tau…ma mesti hepi kan?hehe…
Bukan senang tau mak aku ni nak besar kan kami bertiga…
Mak aku jiwa dia kental! Urggghh! Susah nak describe dia camane…
Tapi, cukup untuk buat kan aku bahagia…
Dan aku akan balas semua pengorbanan dia pada kami adik beradik…
Syukur Alhamdulillah… Terima kasih Ya Allah… :,)
Jadi nye, sampai takat ni saje lah yang aku nak kongsi kan
Hehe…akan tiada masa untuk update blog bila dah start koje sane nanti…
Hujung tahun ni, kita merancang, Tuhan yang menentu kan.. :)
Ade rezeki, In Shaa Allah...
terima kasih sebab baca entri kali ni...
doa kan yang terbaik untuk saya ye?
and selamat tahun baru...
semoga tahun ni akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun yang lepas...
In Shaa Allah....
Assalamualaikum...